Emmel semakin kemas dalam pelukan aku. Kekuatan aku sekarang adalah Emmel. Haydar kini berada betul dihadapan aku. Nafas ditarik dalam dan mengorak senyuman seikhlas mungkin. Kenapa mesti Haydar?
"Terima kasih sebab selamatkan anak saya" pendek saja aku berterima kasih kepada Haydar.
Tidak tahu apa yang perlu dikatakan dan bersyukur sangat Emmel selamat. Reaksi muka Haydar seperti biasa. aku tertanya-tanya adakah dia kenal aku?
"Saya risau sebab nampak dia main sorang-sorang dan tiba-tiba bola dia jatuh atas jalan" ujar Haydar sambil tersenyum kearah Emmel.
"maaf menyusahkan awak. saya memang cuai. nasib baik Emmel selamat" aku meluahkan kebimbangan yang aku hadapi sebentar tadi.
Nekad dihati akan sentiasa memegang tangan Emmel dan memastikan Emmel sentiasa dalam pemerhatian jika Emmel dibawa keluar bersama.
"Muka awak macam familiar la. Macam kenalan saya"
saluran pernafasan aku seperti tersekat. Riak muka sedaya upaya dikawal agar nampak tenang.
"Ya ke? siapa? haha.. muka saya ni memang familiar" ujar aku untuk menampakkan berbualan ini tidak canggung.
Haydar masih lagi diam untuk mengingati nama orang yang dikatakan 'familiar' itu.
"Maaflah, tapi saya nak cepat ni, i got to go" aku memaniskan muka untuk kali terakhir.
Harap dapat menamatkan perjumpaan ini. tidak betah untuk berlama-lamaan berhadapan dengan Haydar kerana membuatkan hati ini kembali seperti dulu. memanggil-manggil namanya.
"wait! your name Hana Sofea right?"
Dang! dada semakin berdebar-debar. kenapa Haydar boleh ingat aku. padahal tempoh pengenalan hanya 13 jam dan tidak pernah terserempak lagi. dulu selalu ingin terserempak dengan Haydar tapi kini tidak lagi. Setelah hati ini mendapat ketenangan aku ingin jauh dari Haydar agar aku tidak terus terseksa seperti dulu. bagai punguk rindukan bulan. wake up Hana!!
"Sorry , wrong person" sambil gelengkan kepala kepada Haydar.
Perasaan aku semakin bercelaru kerana serba salah atas pembohongan dan takut akan hati ini akan terus hanyut.
"Emmel say thanks to uncle" Emmel menghulurkan tangan kepada Haydar dan mencium tangan Haydar. skap Emmel itu sedikit sebanyak mencuit hati aku. Fawwaz berjaya mendidik Emmel dengan sempurna.
"thank you uncle, assalammualaikum" Haydar agak tergamam seketika. kemudian menjawab salam Emmel. aku memberi salam dan menundukkan kepala untuk beredar.
" mommy, daddy is here" aku turunkan Emmel dari dukungan.
Fawwaz menapak beberapa langkah kearah kami.
"i have been wait for half an hour. you guys make me worried" terkaku aku seketika.
aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus. cuba bertenang sesaat... dua saat.. idea! aku pandang Fawwaz dan senyum dengan lebar. walupun kekok aku perlu lakukan juga.
"sorry darling, i'll explain to you" suaraku dimanjakan.
Kening Fawwaz terangkat apabila aku memanggilnya 'darling' dan seketika dia memandang ke arah Haydar. Muka Fawwaz tiba-tiba menjadi tegang. aku hanya mampu telan air liur. adakah dia marah sebab apa yang berlaku pada Emmel?
"let's go HONEY" aku kurang pasti Fawaaz cakap kepada aku atau Emmel. tapi yang pasti Fawwaz ingin kami beredar sekarang.
aku hanya memandang kearah Haydar untuk kali yang terakhir. selamat tinggal Haydar. dengan langkah yang berat aku meninggalkan Haydar.
Haydar masih tergamam dengan insiden yang berlaku didepan matanya. dia tidak silap itu adalah Hana Sofea! Haydar tersenyum. Dia tahu mana nak cari Hana Sofea.
Surrey University!
langkah Fawwaz cuba aku ekori. Fawwaz melangkah laju meninggalkan aku kebelakang. Emmel yang berada didukungan Fawwaz sudah dibuai lena. Sudah lama tidak melihat muka Fawaaz yang setegang itu. waktu awal perkenalan sahaja Fawwaz sebegitu. sesekali aku terpaksa berlari anak untuk mengejarnya.
" Fawwaz, bagi saya kesempatan untuk jelaskan" aku tahu Fawwaz marah akan kecuaian itu.
"saya minta maaf sangat. saya akan pastikan perkara tadi tidak akan berulang" aku cuba menyekat gerakannya dengan memandang Fawwaz.
"saya kenal lelaki tadi. lelaki yang peluk awak di airport dulu kan?" soal Fawwaz.
Tone suaranya agak tinggi. Tergamam aku apabila Fawwaz mengingatkan kembali dosa yang dilakukan dulu. betapa kerdilnya aku dihadapan Fawwaz kini.
"what? are we not talking about Emmel?" soal aku kembali dengan tone yang sama.
"mommy.. daddy..bergaduh ke?" suara Emmel kedengaran.