Arang and Magistrate (2012)
Cerita yang menarik perhatian saya setelah melihat iklan. Ini kerana kisah hantu dan manusia bercinta dan menghadapi rintangan dan cabaran untuk bersama. Fantasi yang berunsurkan romantik komedi.
Permulaan cerita ini mengenai Arang (nama panggilan bagi shin min ah) yang telah menjadi hantu dan hilang ingatan tentang dirinya. So untuk mengetahui identiti dia. Arang pun pergi berjumpa dengan Magistrate tempat dia berkeliaran. 3 orang magistrate beturut2 mati akibat terkejut dengan kehadiran Arang. Jadi Arang tiada sesiapa untuk mengadu.
Untuk dijadikan cerita, Lee Eun Ho (lee jun ki) telah mengembara kesana untuk mencari maknya yang melarikan diri dari dia. Eun Ho mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus. tapi dia seorang yang tidak suka ambil kisah. Arang tahu Eun Ho boleh melihatnya dan meminta bantuan kepada Eun ho. Eun Ho enggan membantu kepada Arang kerana sekiranya dia membantu yang lain turut akan meminta bantuan darinya. Maka dia meletakkan syarat sekiranya dia dapat menjadi magistrate dia akan membantu Arang.
Arang membuat rancangan intuk menjadikan Eub ho sebagai magistrate. Setelah itu, banyak insiden yang berlaku dan misteri yang belum terungkai. Dapatkah Arang mengingati kembali dan dapatkah Eun ho menjumpai emaknya? Marilah kita sama saksiknnya.. setiap Rabu dan Khamis..